Juruteknik swasta didenda buang sampah merata

Tertuduh seorang juruteknik swasta dijatuhi hukuman denda RM700 atas kesalahan Undang-Undang Kecil 3(a), Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MDKL) 2007.
Tertuduh seorang juruteknik swasta dijatuhi hukuman denda RM700 atas kesalahan Undang-Undang Kecil 3(a), Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MDKL) 2007.
A
A
A

BANTING - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang membuang sampah secara melulu dan pengusaha sarang burung walit yang tidak mematuhi peraturan.

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, tindakan mahkamah telah dikenakan terhadap dua individu pada Rabu.

"Kes pertama tertuduh seorang juruteknik swasta dijatuhi hukuman denda RM700 atas kesalahan Undang-Undang Kecil 3(a), Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (MDKL) 2007.

"Tertuduh didapati telah membuang satu bungkus sampah daun pokok di kawasan Jalan SP 1, Bandar Saujana Putra," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, pada hari yang sama, Mahkamah Majistret Telok Datok juga telah menjatuhkan hukuman denda RM1,200 kepada seorang pemilik premis yang telah didakwa atas kesalahan Undang-Undang Kecil 3(1)(a), Undang-Undang Penternakan Burung Walit (MDKL) 2013.

Katanya, ia berikutan individu itu yang didapati bersalah kerana menjalankan perniagaan sarang burung walit tanpa lesen di Kawasan Sungai Jarom, Jenjarom.

Dalam pada itu, seorang pemilik kediaman turut dikenakan denda RM500 selepas didapati bersalah kerana telah membiarkan premis kediaman dalam keadaan kotor dan semak yang menyebabkan kacau ganggu di kawasan Taman Sri Putra, Banting.

Justeru, peringatan diberikan kepada penduduk dan semua pengusaha agar mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

"Pengusaha perlu memohon lesen atau kebenaran sebelum menjalankan perniagaan. Penduduk Kuala Langat juga diingatkan untuk sentiasa membersihkan serta menjaga kawasan rumah masing-masing selaras dengan moto Kuala Langat Indah, Harmoni dan Bestari," katanya.