X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM tahan pengurus hartanah dan isteri

Seorang pengurus hartanah syarikat minyak dan gas bersama isterinya ditahan selepas dipercayai menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram melibatkan jumlah kira-kira RM3.4 juta.
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pengurus hartanah syarikat minyak dan gas bersama isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima rasuah dan melakukan pengubahan wang haram melibatkan jumlah kira-kira RM3.4 juta.

Menurut sumber, pasangan tersebut ditahan kira-kira jam 2 petang Ahad di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

"Pengurus hartanah itu dikatakan menerima wang rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan selepas mereka dianugerahkan dengan projek pembinaan pam minyak sejak 2017 hingga 2019.

"Wang rasuah tersebut kemudian dipercayai dilaburkan dan digunakan untuk membeli kereta mewah," katanya pada Ahad.

Tambah sumber itu lagi, terdapat kira-kira RM684,000 telah dipindahkan daripada akaun simpanan pasangan tersebut kepada akaun deposit tetap.

Selain itu, suspek juga menyimpan wang tunai berjumlah kira-kira RM1.9 juta serta mata wang asing yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM300,000.

Difahamkan, pasangan tersebut akan dihadapkan ke mahkamah Shah Alam pada Isnin (esok) bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFAPUAA).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!