X

Kindly register in order to view this article
!

Najib sindir tindakan Xavier keluar PKR

A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memuat naik kata-kata sindiran di Facebooknya berhubung perkembangan terbaru politik tanah air mengaitkan Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar.

Ia susulan peletakan jawatan Xavier sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengumuman keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta pada Sabtu.

"Pagi ini, bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Pakatan Harapan (PH) umum keluar parti PKR untuk sokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Secara kebetulan bulan lepas, YB ini dikaitkan dengan kes SPRM pembantunya serta kawan baiknya ditahan berkait kes rasuah di mana wang tunai RM1.2 juta disita, RM77 juta dalam akaun-akaun bank dibeku dan beberapa buah kereta mewah di rampas," tulis Najib.

Najib turut memetik beberapa laporan berhubung siasatan SPRM melibatkan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Xavier umum letak jawatan Naib Presiden PKR, keluar parti

Pada Rabu, Dr Xavier menyatakan tindakan keluar PKR diambil kerana kekecewaan beliau terhadap situasi politik yang berlaku dalam negara ketika ini.

Beliau juga telah memaklumkan pendiriannya untuk menjadi ahli Parlimen bebas kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu surat yang bertarikh 12 Mac 2021.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!