Waspada trio serangan Spurs

Kane (kanan) dan Heung-Min.
Kane (kanan) dan Heung-Min.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengingatkan skuad kendaliannya agar berwaspada dengan ancaman trio serangan Tottenham Hotspur yang dibarisi Harry Kane, Son Heung-Min dan Gareth Bale ketika kedua-dua pasukan bertemu di Emirates awal pagi Isnin nanti.

Arteta berkata, trio berkenaan mampu menjadi pemusnah bagi skuad The Gunners itu yang dalam usaha mencatatkan kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL), kali ini.

Malah menurut Arteta, trio skuad The Lilywhites itu turut merekodkan 34 jaringan dalam 27 perlawanan EPL setakat ini.

Bale
Bale

“Sudah pasti ia sesuatu yang kerana kita akan berdepan dengan trio serangan yang berkualiti dan mungkin juga sebagai antra yang terbaik di Eropah ketika ini.

“Selain mencipta peluang-peluang gol, mereka juga mampu beraksi sebagai satu pasukan hingga menyukarkan pihak lawan.

“Bagaimanapun, kita akan tetap bersedia untuk berdepan dengan ancaman mereka pada aksi di Emirates nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: