X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya minta polis tidak hukum pemberi maklumat'

Ciapan Khairy Jamaluddin di Twitter pada Jumaat memaklumkan telah meminta polis tidak menghukum pemberi maklumat.
A
A

SHAH ALAM - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, beliau sudah meminta polis agar tidak menghukum mana-mana pemberi maklumat yang mendedahkan tentang individu yang memotong giliran sebagai penerima awal suntikan vaksin koronavirus (Covid-19).

Khairy Jamaludin yang juga Menteri Penyelaras Program Vaksin Covid-19 Kebangsaan berkata, beliau sendiri sudah bercakap dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung perkara tersebut.

"Saya juga tidak mendedahkan identiti pemberi maklumat yang menghantar emel secara terus kepada saya.

"Sebahagian maklumat diterima digunakan untuk memperbetul semula senarai janji temu yang telah dibuat," ciapnya menerusi Twitter pada Jumaat.

Tegasnya, setakat laporan polis berkenaan, proses sewajarnya harus diikuti tetapi beliau telah meminta Ketua Polis Negara untuk tidak menghukum pemberi maklumat.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan negeri Kelantan membuat laporan polis berhubung tindakan individu yang menyebar maklumat bahawa terdapat 200 kakitangan setiausaha kerajaan negeri itu memotong giliran bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

Susulan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat pada Selasa memberitahu, pihaknya sudah menghubungi individu yang dipercayai menyebarkan dakwaan tersebut untuk mengambil keterangannya bagi membantu siasatan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!