Jangan takut bicara pendidikan seks

Ahli panel yang terlibat dalam Wacana ke-90, semalam.
Ahli panel yang terlibat dalam Wacana ke-90, semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Pendidikan seks perlu diterangkan dengan baik bagi mengelakkan golongan muda melayari dan mencari maklumat berkaitan seks yang boleh menjurus kepada pornografi.

Pengasas & Speaker Modul Goodbye Pornography, Mohd Fadly Othman berkata, pelajar sudah belajar berkenaan pendidikan seks sejak sekolah rendah dan bersambung ke sekolah menengah.

Menurutnya, guru dan ibu bapa tidak perlu bimbang untuk berbicara pendidikan seks dan menyampaikannyamengikut aras pendidikan anak-anak.

“Bila tidak diberi penghayatan yang baik, anak muda di sekolah mula melayari dan mencari maklumat berkaitan seks. Di sekolah, mereka dah belajar mengenainya.

“Di sekolah, kalau saya guru misalnya dan tak boleh sampaikan dengan baik maka mereka akan cari sendiri. Ada yang takut nak sampaikan.

“Kita perlu sampaikan mengikut aras pemikiran mereka. Kalau tak diberi dengan cantik, anak-anak akan mencari benda itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Ke-90 bertajuk Pendidikan Seksualiti dan Salah Laku Remaja di Dewan Karangkraf, semalam.

Artikel Berkaitan: