X

Kindly register in order to view this article
!

Penjajaran politik tidak stabil punca ramai masih atas pagar

Penjajaran politik yang belum stabil merupakan faktor utama yang menyebabkan ramai pengundi masih belum membuat keputusan untuk memilih mana-mana parti untuk disokong dalam pilihan raya akan datang. Gambar kecil: Sivamurugan
A
A

SHAH ALAM - Penjajaran politik yang belum stabil merupakan faktor utama yang menyebabkan ramai pengundi masih belum membuat keputusan untuk memilih mana-mana parti untuk disokong dalam pilihan raya akan datang.

Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, penjajaran akan berlaku apabila parti-parti politik melaksanakan gabungan baharu.

Bagaimanapun, katanya, timbul masalah apabila tiada ketetapan pada ideologi gabungan parti-parti politik terbabit.

Menurutnya, pengukuhan dalam parti sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum penjajaran dilakukan secara berterusan bagi mengukuhkan sesuatu gabungan.

“Berdasarkan data kaji selidik yang dilakukan oleh Sinar Harian dan Sin Chew Daily boleh dijadikan panduan oleh parti politik dalam memahami pola tingkah laku pengundi ketika pilihan raya nanti.

“Faktor penyatuan daripada beberapa parti yang mempunyai peratusan yang tinggi dapat meningkatkan peratusan pengundi untuk memilih gabungan tersebut dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sivamurugan berkata, bagi pengundi atas pagar, mereka akan membuat keputusan berdasarkan isu semasa dan kewibawaan sesebuah parti dan kepimpinannya.

Ujarnya, nilai dan kualiti kepimpinan yang akan ditunjuk oleh seseorang pemimpin perlu dilihat menjadi penyatuan kepada masyarakat.

“Ini kerana wujud ketidakpercayaan terhadap pemimpin tertentu yang mempunyai masalah kredibiliti dan reputasi,” kata beliau.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!