DAP dan UMNO masih menjadi pilihan utama pembaca

Pembaca Sinar Harian memilih UMNO sebagai parti pilihan pada PRU15.
Pembaca Sinar Harian memilih UMNO sebagai parti pilihan pada PRU15.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Sebahagian besar pembaca Sin Chew Daily yang mengambil bahagian dalam satu kaji selidik yang dijalankan bersama Sinar Harian menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH).

Ia terbukti apabila ketiga-tiga parti gabungan PH iaitu DAP, PKR dan Amanah menjadi pilihan utama pembaca akhbar itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebagaimana yang dijangka, DAP menjadi pilihan utama para pembaca Sin Chew diikuti PKR dan Amanah.

Di tempat keempat, para pembaca Sin Chew memilih untuk tidak membuat sebarang keputusan lagi siapakah yang menjadi pilihan mereka pada PRU15 nanti.

Parti Warisan Sabah berada di tangga kelima. Pas menjadi pilihan paling bawah untuk pembaca Sin Chew.

Bagaimanapun, untuk pembaca Sinar Harian pula, UMNO menjadi pilihan utama mereka tetapi pembaca yang belum membuat keputusan parti manakah yang menjadi pilihan mereka berada di tempat kedua.

Di tempat ketiga ialah Pas, diikuti PKR dan Bersatu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

ARTIKEL BERKAITAN: Yang mana pilihan pembaca dalam soal PRU15...

PRU15: Ramai belum buat keputusan

Prestasi tinggi: Pembaca pilih KJ