223,923 individu terima dos pertama vaksin Covid-19

Datuk Seri Dr Adham Baba
Datuk Seri Dr Adham Baba
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 223,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat Rabu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Sarawak merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 28,194, diikuti Selangor (24,211), Kuala Lumpur (20,510) dan Sabah (18,670).

"Di Johor pula seramai 17,476 individu, Perak (17,450), Pahang (17,434), Kelantan (14,982), Kedah (14,200), Terengganu (13,070) dan Negeri Sembilan (10,741).

"Di Pulau Pinang pula seramai 9,811 individu, Melaka (6,258), Perlis (5,241), Putrajaya (3,337) dan Labuan (2,338),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya pada Khamis.

Pada 24 Februari lepas, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, jenis Pfizer-BioNTech. - Bernama

Artikel Berkaitan: