X

Kindly register in order to view this article
!

Pengetua ditahan bantu siasatan kes cabul pekerja

A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Seorang pengetua sebuah sekolah menengah ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan kes cabul dan gangguan seksual terhadap kakitangan sekolah berkenaan.

Menurut sumber, penahanan lelaki itu susulan empat laporan dibuat empat wanita yang terdiri daripada kakitangan dan pekerja kontrak kebersihan sekolah berkenaan pada Isnin dan Selasa.

"Hasil laporan daripada kesemua mangsa, kejadian berlaku sekitar awal Januari hingga hujung Februari lepas.

"Kesemua mangsa mendakwa pengetua itu bertindak mengganggu dengan cara menghantar teks berunsur lucah melalui aplikasi WhatsApp.

"Selain itu, ada juga mangsa mendakwa dicabul secara fizikal semasa berada di sekolah tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan pengetua berkenaan pada Isnin.

"Suspek kini direman empat hari bermula Selasa untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengganggu kesantunan mangsa," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!