Enam pegawai kanan IPD Jempol terima vaksin Covid-19

Chang Hook (tengah) bersama pegawai terlibat selesai terima vaksin Covid-19.
Chang Hook (tengah) bersama pegawai terlibat selesai terima vaksin Covid-19.
A
A
A

JEMPOL - Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook bersama lima pegawai kanan polis Ibu Pejabat Polis daerah Jempol (IPD) selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Bandar Seri Jempol pada Isnin.

Chang Hook berkata, penglibatan pegawai kanan IPD Jempol menunjukkan pasukan polis menyokong penuh usaha kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan seterusnya menguatkan imuniti badan untuk terus berkhidmat sebagai 'frontliners'.

"Diharapkan dengan tindakan pentadbir utama IPD Jempol ini memberikan keyakinan kepada semua pegawai, anggota dan pegawai awam agar bersetuju untuk menjayakan program vaksinasi yang dianjurkan oleh pihak kerajaan," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 30 pegawai kanan dan 337 anggota pangkat rendah polis akan menerima suntikan vaksin itu secara berperingkat di klinik yang sama.

"Bagaimanapun terdapat 37 orang yang tidak bersetuju berbuat demikian kerana mengandung, menyusukan bayi, alahan, merancang untuk hamil dan sakit.

"Saya berharap penduduk Jempol tidak berkecuali dan daftar lebih awal untuk menerima vaksin," katanya.

Artikel Berkaitan: