X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit kekal dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dibuka pada Selasa berikutan sokongan pembelian lebih kukuh terhadap mata wang negara maju itu yang didorong kenaikan pulangan daripada bon AS, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1180/1230 berbanding dolar AS daripada 4.1050/1100 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global, Axi, Stephen Innes berkata, pulangan daripada Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun kekal berdaya tahan dengan peningkatan kira-kira 1.6 peratus apabila negara itu mencatatkan kemajuan ke arah pakej bantuan Covid-19 dan pelan rangsangan ekonomi bernilai AS$1.9 trilion.

Ringgit yang turut bergantung pada pergerakan harga minyak mentah juga dipengaruhi oleh laporan mengenai serangan dron ke atas infrastruktur minyak Arab Saudi.

Berita itu melaporkan serangan terbabit, bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kerugian harta benda.

Harga minyak mentah Brent susut semula kepada paras AS$68 setong, turun kira-kira satu peratus selepas mencatatkan kenaikan awal sebanyak dua peratus pada Isnin.

Pada masa ini, minyak mentah Brent diniagakan pada AS$68.41 setong.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0479/0520 daripada 3.0434/0478 ketika ditutup pada Isnin, namun naik berbanding yen Jepun kepada 3.7752/7805 daripada 3.7810/7859.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.6882/6967 daripada 5.6772/6850 pada Isnin dan lemah berbanding euro kepada 4.8769/8833 daripada 4.8730/8802. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!