Bukan hanya Pas, DAP pun perlu disiasat, kata Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Bukan hanya Pas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu siasat DAP juga berhubung penerimaan dana daripada luar negara, demikian menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Beliau berkata, sebelum ini ada individu mendakwa DAP dikatakan menerima RM1.2 bilion dana dari Israel, sedangkan Israel adalah negara asing daripada kerjasama antarabangsa dengan Malaysia.

“Jika benar, ini adalah lebih serius lagi sebab kita di Malaysia tak ada hubungan diplomatik dengan Israel.

"Jadi kalau betul berlaku, ia akan beri kesan kepada keselamatan dan kedudukan negara, eloklah DAP pun disiasat,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau berkata, International Republican Institute (IRI) juga ada membuat kenyataan sebelum ini di mana mereka telah lebih 10 tahun bersama pembangkang.

"Mungkin di situ berlakunya penyaluran dana hasil daripada parti politik, terutamanya DAP.

“Benda ini semua kena ambil kira untuk kebaikan semua," ujarnya.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai tindakan Pemuda Pas seluruh negeri yang tampil membuat laporan polis terhadap DAP kerana didakwa menerima dana asing dari negara luar.

Artikel Berkaitan: