X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan abai SOP semasa rentas daerah

Dr Zaini (dua dari kanan) dan Abdul Rashid (dua dari kiri) bersama pek penjagaan diri yang akan diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan pesakit Covid-19.
A
A

KOTA BHARU - Kebenaran merentas daerah bukanlah alasan untuk rakyat di Kelantan mula mengabaikan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani Covid-19.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, sepatutnya rakyat perlu terus perketatkan SOP kendiri meskipun kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah.

Menurutnya, sudah pasti pergerakan akan menjadi lebih aktif dan orang ramai semakin bebas untuk bergerak dari satu kawasan ke satu lokasi lain mahupun menghadiri majlis.

"Saya ingin nasihatkan masyarakat di negeri ini supaya jangan sesekali melonggarkan kepatuhan terhadap SOP.

"Tidak bermakna dapat rentas daerah dan program vaksinasi berjalan kita sebagai masyarakat boleh ambil sikap sambil lewa terhadap SOP untuk putuskan Covid-19," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau ditemui ketika menerima 1,000 pek penjagaan diri sempena Sumbangan Prihatin Covid-19 Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Abdul Rashid Mohd Yusoff di CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Cawangan Kawalan Penyakit, di sini.

Bermula Jumaat, kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah di seluruh negeri kecuali Sabah.

Dr Izani berkata, individu yang bergejala dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan dan tidak melakukan pergerakan bebas antara daerah.

"Kebimbangan sentiasa ada setiap kali berlaku rentas daerah mahupun negeri. Apa yang penting masyarakat perlu bersama merasai kebimbangan ini.

"Jangan pula pematuhan SOP ini menjadi bermusim, sekiranya kes bertambah kita mula nak jaga SOP, apabila kes turun kita akan abaikan. Jadikan ia rutin dalam kehidupan normal baharu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!