Pemandu treler langgar perancah besi direman

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak yang runtuh semalam.
Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak yang runtuh semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu treler yang melanggar perancah besi struktur binaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada Rabu ditahan reman selama empat hari selepas didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, reman terhadap pemandu berusia 40 tahun itu bermula pada Khamis sehingga Ahad ini.

"Dia ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman bermula Khamis hingga Ahad bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Khamis, pemandu lori yang berasal dari Perak itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk ujian air kencing selepas kemalangan membabitkan treler dipandunya di Lebuhraya MRR2 berhampiran Desa Tun Razak di sini.

Pemandu treler terbabit kemudian menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi sejurus kemalangan berlaku sebelum dibawa ke Balai Polis Trafik di Jalan Bandar.

Akibat pelanggaran pada besi perancah binaan, struktur besi itu kemudian runtuh dan menghempap sebuah van dinaiki empat pekerja kilang dan seorang pemandu van.

Dua pekerja kilang Norhayati Abdullah, 42, dan Nurina Edwin Abdullah, 47, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi pekerja kilang Zakiyyah Yakop, 51, dan rakannya Zaitun Zainal, 54, mengalami kecederaan pada betis dan kaki kiri manakala pemandu van, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan mengalami pendarahan dalaman.

Artikel Berkaitan:

Ketiga-tiga mereka kini sedang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini.

ARTIKEL BERKAITAN Dua pekerja maut van kilang dihempap struktur jejambat runtuh