Dua lagi lelaki merusuh di restoran diberkas

Polis memberkas dua lagi lelaki di sekitar ibu negara pada Isnin berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.
Polis memberkas dua lagi lelaki di sekitar ibu negara pada Isnin berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memberkas dua lagi lelaki di sekitar ibu negara pada Isnin berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua suspek berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

"Kedua-dua mereka diberkas di Jalan Sri Sentosa, Taman Sri Sentosa kira-kira jam 11.30 malam.

"Suspek pertama beralamat di Flat Taman Kuchai Jaya Jalan Kuchai Lama manakala suspek kedua beralamat di PPR Raya Permai Kampung Malaysia Permai," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan mendapati kedua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

"Soal siasat yang dijalankan, kedua suspek mengaku terlibat dalam kejadian pergaduhan dengan pekerja restoran berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Polis sebelum ini memberkas lima lagi lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam pada Ahad itu, sekumpulan 11 hingga 12 individu tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan membuat pesanan makanan di restoran terbabit.

Pengurus restoran itu memaklumkan mahu menutup operasi perniagaan pada jam 10 malam kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ARTIKEL BERKAITAN Tiga lelaki mengamuk di restoran ditahan