Tiga lelaki mengamuk di restoran ditahan

Rakaman insiden kekecohan di sebuah restoran di Jalan Sambathan di sini pada Ahad.
Rakaman insiden kekecohan di sebuah restoran di Jalan Sambathan di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan lelaki melakukan kekecohan di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan di sini pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kesemua lelaki berusia 27 hingga 35 itu ditahan pada jam 1 pagi.

"Siasatan awal mendapati punca insiden itu membabitkan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati kerana restoran itu mahu menutup operasi pada jam 10 malam," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program vaksinasi melibatkan anggota dan pegawai polis Kuala Lumpur di Klinik Kesihatan Jinjang di sini pada Isnin.

Saiful Azly berkata, tindakan restoran itu menutup operasi pada jam 10 malam kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Kita masih mengesan lapan lagi individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata," katanya.

Tindakan kumpulan berkenaan yang dilihat mengamuk itu tular di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan beberapa lelaki dilihat membaling kerusi dan meja milik restoran berkenaan.

Artikel Berkaitan: