X

Kindly register in order to view this article
!

‘Pendidikan rasuah perlu diberi seawal mungkin’

Badzli
A
A

SEREMBAN - Pendedahan mengenai jenayah rasuah perlu diberi seawal mungkin kepada masyarakat bermula di institusi pendidikan.

Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan, Badzli Bakar berkata, langkah itu perlu bagi melahirkan generasi yang benar-benar takut dan bencikan rasuah.

“Memang betul kita boleh naikkan nilai hukuman kepada pesalah rasuah tapi bagi saya, permulaannya adalah pendidikan.

“Melalui pendidikan, ia dapat beri kesedaran kepada generasi kita pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau turut menyifatkan isu rasuah di negara ini sudah parah kerana hampir di setiap kementerian dan pelbagai sektor pekerjaan terpalit dengan rasuah.

Katanya, ia bukan sahaja melibatkan agensi penguatkuasaan bahkan juga bahagian pengurusan yang berani meminta dan menerima rasuah.

“Puncanya bermula daripada individu sama ada yang memberi atau menerima. Bagi saya, pokok pangkalnya kita perlu balik kepada agama dan Islam.

“Penguatkuasaan atau hukuman adalah jalan yang terakhir,” katanya.

Menurutnya, pemimpin juga menjadi individu penting dan utama untuk memberikan contoh yang baik kepada masyarakat dengan tidak terlibat dengan gejala rasuah.

Beliau percaya apabila seseorang pemimpin itu bersih dan bebas daripada rasuah, ia boleh memberi pengaruh yang baik kepada masyarakat keseluruhannya.

Badzli turut mencadangkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti individu yang terlibat dengan rasuah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!