Run Free Pro Bio jurulatih peribadi larian anda

ANDA mungkin seorang yang suka berlari demi kesihatan. Untuk mendapatkan kesan positif maksimum, ia perlulah dilakukan dengan form dan postur yang betul. Silap langkah, lutut atau bahagian lain di kaki pula akan cedera.

A
A
A

ANDA mungkin seorang yang suka berlari demi kesihatan. Untuk mendapatkan kesan positif maksimum, ia perlulah dilakukan dengan form dan postur yang betul. Silap langkah, lutut atau bahagian lain di kaki pula akan cedera. Bagaimana kalau terdapat satu alat yang direka dengan bentuk mudah dibawa, mudah dipakai dan digabungkan dengan teknologi terkini?

Baru-baru ini, pakar-pakar dari Soul Electronics dengan bangganya memperkenalkan ‘jurulatih lari anda’ dalam bentuk fon telinga yang dikenali Run Free Pro Bio. Run Free Pro Bio mempersembahkan teknologi voice coaching atau latihan berpandukan suara yang akan membantu pelari mendapatkan form, postur dan gaya larian yang betul.

Penulis sendiri telah menggunakan beberapa produk fon telinga khas, namun dengan Run Free Pro Bio, sememangnya mendapat perhatian istimewa dek bentuknya yang ergonomik dan penuh gaya. Disediakan dalam dua varian warna iaitu merah dan kelabu, kedua-dua wayar fon telinga ini disertai jalur reflektif dan disertai padding untuk lubang telinga pemakai.

Ini untuk memastikan fon telinga tidak terjatuh semasa aktiviti larian dilakukan di atas apa jua permukaan. Tidak cukup dengan itu, fon telinga Run Free Pro Bio didatangkan dengan enam pasang ear buds yang mudah dicabut dan dipasang untuk keselesaan pemakai.

Teknologi tinggi

Untuk gajet berteknologi tinggi seperti ini, ia sudah pasti dilengkapi noise isolation untuk memastikan pelari mendengar arahan dan tip suara yang datang dari fon telinga. Lebih hebat, kualiti bunyi yang disertai sangat baik dan jelas dan pastinya memberikan motivasi dengan memainkan lagu-lagu workout pilihan anda.

Bagaimanapun, kekuatan utama Run Free Pro Bio adalah pada voice coaching. Ia dilengkapi teknologi untuk mengesan gaya si pemakai berjalan atau berlari. Selepas membuat akaun dan beberapa tetapan melalui aplikasi Soul Fit di telefon pintar anda, anda kini bersedia mengguna teknologi voice coaching Beflex BiomechEngine.

Teknologi ini mengesan dan memberi tunjuk ajar untuk mendapatkan form larian yang betul, antaranya sudut kepala, gaya ayunan setiap kaki, lebar langkah, irama, simetri dan shock. Untuk mereka yang suka mendengar muzik sambil berlari, suara ‘jurulatih’ anda akan sentiasa lebih kuat daripada bunyi muzik.

Artikel Berkaitan:

Melalui aplikasi Soul Fit pula, pelari boleh mengkaji semula statistik larian yang telah dilakukan. Dengan rekaan antara muka yang jelas dan mesra pengguna, aplikasi tersebut mengandungi butiran seperti jarak larian, kelajuan larian, kalori dibakar, langkah dan beberapa butiran asas yang pastinya membantu anda mendapatkan kesan larian yang terbaik.

Lebih menarik, ia juga memberi laporan injury risk yang dikaitkan dengan daya yang dikenakan ke atas kedua belah kaki. Dengan Run Free Pro Bio, baru penulis tahu penulis menggunakan kaki kanan sebanyak 53 peratus dan kaki kiri sebanyak 47 peratus. Memang menakjubkan.

Fon telinga Run Free Pro Bio menjanjikan kuasa bateri yang bertahan sehingga 11 jam dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya di 11street pada harga RM699. Untuk maklumat lanjut mengenai Run Free Pro Bio, layari https://www.11street.my/store/soulelectronics.