X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita maut kereta bertembung

Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di hadapan Kolej Vokasional Sanggang
A
A

TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] Seorang suri rumah maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM 10, Jalan Jerantut-Temerloh di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kejadian membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Exora.

Mangsa, Sow Kian Hoon, 58, beralamat Kampung Baru Kuala Krau di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, dua lagi mangsa iaitu pemandu Exora, Zali Busu,52 yang juga pembantu perubatan bersama isterinya, Rohayati Samsudin, 51, cedera akibat kemalangan tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu Myvi bersama anjing peliharaannya dari Mentakab hendak ke Kuala Krau.

"Apabila sampai di tempat kejadian,pemandu Myvi dipercayai hilang kawalan dan telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Exora berkenaan.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Exora dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah(Hoshas) untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan,Isnin.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

"Siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya lagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!