X

Kindly register in order to view this article
!

Kontraktor didakwa palsukan dokumen pindah milik tanah

Mohd Isa (kiri) diiringi pegawai SPRM memasuki Mahkamah Sesyen Alor Setar untuk pertuduhan terhadapnya pada Isnin.
A
A

ALOR SETAR - Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan memalsukan dokumen pindah milik tanah 16 tahun dahulu.

Pengakuan tersebut dibuat oleh Mohd Isa Hanafiah, 67, di hadapan Hakim Murtazadi Amran di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada Isnin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang 14A Kanun Tanah Negara bagi tujuan pindah milik tanah, bahagian atau pajakan daripada Bakar Mohd Isa kepada Mohd Isa Hanafiah pada 25 Oktober 2005 di Pejabat Tanah Kubang Pasu pada jam 9.23 pagi dan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.

Timbalan Pendakwa Raya, Tan Siew Ping terlebih dahulu memohon mahkamah meletakkan jaminan sehingga RM10,000 kepada tertuduh.

Bagaimanapun peguam Rosman Azwan Osman yang mewakili Mohd Isa berkata, anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dilakukan.

Menurutnya, anak guamnya itu juga perlu menyara tiga isteri serta lapan anak dan beliau memohon jaminan minimum kepada tertuduh.

Murtazadi kemudiannya memberikan jaminan kepada tertuduh sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mohd Isa juga dikenakan syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 8 April depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!