X

Kindly register in order to view this article
!

Shahrizat kekal sebagai Presiden PARFUM

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
A
A

KUALA LUMPUR - Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) bagi 2021/2022 dalam sesi pemilihan ahli jawatankuasa pertubuhan itu pada Jumaat.

Setiausaha Kehormat PARFUM, Edwin Paramjothy dalam kenyataan pada Sabtu berkata, mesyuarat yang turut dihadiri Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang juga ahli PARFUM turut memilih Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhammad Shafee Md Abdullah.

Beliau berkata, Mesyuarat Agung PARFUM dijalankan secara maya turut dihadiri mantan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif selaku Penaung PARFUM.

Selain Edwin, turut dipilih pada mesyuarat berkenaan ialah Bendahari Kehormat, Saif Bhatti serta lima ahli jawatankuasa iaitu Shaik Mohamed Mohd Sahed, Tuan Arief Tuan Mohamad Yusof, Khairul Anwar Hairudin, Dr Vincent Ng Wei Chyun dan Profesor Datuk Dr Abdul Murad Ahmad.

Katanya, PARFUM akan meneruskan program-program bagi alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya terutama untuk pelajar fakulti serta beberapa program lain.

"PARFUM juga menyeru kepada semua alumni yang belum berdaftar untuk turut sama menyertai PARFUM," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!