X

Kindly register in order to view this article
!

Bas bawa pesakit Covid-19 rempuh plaza tol

A
A

SEPANG - [DIKEMASKINI] Sebuah bas ekspres yang membawa pesakit Covid-19 iaitu daripada Kluster Jalan Changkat Jong terbabit kemalangan apabila merempuh Plaza Tol UPM di sini pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika bas terbabit yang berkonvoi dengan lapan buah bas lain dalam perjalanan dari Teluk Intan, Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan berlaku apabila bas dipandu lelaki berusia 41 tahun dengan 40 penumpang itu hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke lorong Touch & Go plaza tol terbabit.

"Kejadian itu menyebabkan pemandu mengalami kecederaan luka di kaki sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan, manakala lapan penumpang yang cedera dibawa ke MAEPS.

"Kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan, manakala penumpang lain dibawa ke MAEPS dengan menaiki bas lain," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kemalangan menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan bas itu.

Menurutnya, ujian saringan calitan Covid-19 mendapati pemandu terbabit positif wabak tersebut, namun saringan air kencing terhadapnya adalah negatif dadah.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!