X

Kindly register in order to view this article
!

Doktor rugi RM72,000 ditipu sindiket pinjaman wang tak wujud

Seorang doktor lelaki rugi lebih RM72,000 selepas ditipu sindiket pinjaman wang yang tidak wujud. - Foto 123RF
A
A

MELAKA - Seorang doktor lelaki rugi lebih RM72,000 selepas ditipu sindiket pinjaman wang yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa berusia 30 tahun sebelum itu tertarik dengan tawaran pinjaman wang yang diiklankan di Facebook sebelum menghubungi nombor tertera.

Menurutnya, mangsa kemudian berurusan dengan seseorang melalui panggilan telefon dan bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM200,000 sebelum diarahkan membuat pelbagai bayaran tertentu seperti duti setem bagi membolehnya mendapat pinjaman itu.

"Disebabkan mahu membuat pinjaman, mangsa yang percaya dengan suspek telah membuat sebanyak tujuh kali transaksi pembayaran berjumlah RM72,165.74 secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank berbeza yang diberikan suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, selepas membuat pembayaran, suspek masih meminta wang dari mangsa, namun dia tidak mengikut arahan tersebut dan berasa telah ditipu.

"Sehingga kini mangsa masih tidak menerima pinjaman wang seperti dijanjikan dan membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah pada Khamis," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!