X

Kindly register in order to view this article
!

Penjawat awam main peranan banteras rasuah

Kerajaan perlu menggembleng sumber bagi mengelakkan rasuah terus berleluasa. Gambar kecil: Dafney Ho
A
A

SEREMBAN - Kerajaan perlu memastikan anggota perkhidmatan awam melaksanakan tanggungjawab dengan cekap dan menggembleng sumber bagi mengelakkan rasuah terus berleluasa.

Ketua Penerangan MCA Bahagian Rasah, Dafney Ho berkata, langkah itu antara pendekatan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan hari ini.

Ini kerana katanya, golongan tersebut turut memainkan peranan penting dalam membanteras jenayah rasuah.

“Salah satu kaedahnya juga adalah mempermudahkan urusan agensi-agensi kerajaan melalui laman web atau perkhidmatan dalam talian.

“Selain itu, aktifkan kempen kesedaran bagi memastikan seluruh anggota perkhidmatan awam benar-benar memberikan perkhidmatan yang terbaik malahan dapat diteladani serta bersih daripada segala salah laku dan rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, penerapan nilai-nilai murni di sekolah seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga mampu mengelakkan rasuah berlaku.

“Didikan agama yang mencukupi sejak kecil iaitu daripada ibu bapa atau ahli keluarga turut memainkan peranan dalam menangani isu rasuah dari akar umbi.

“Rasuah merupakan suatu ancaman yang nyata dan membawa padah kepada negara. Justeru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap semua peringkat tidak mengira pemimpin atau akar umbi,” katanya.

Dafney berkata, beliau sentiasa menyokong usaha pelbagai pihak terutamanya Sinar Harian dalam membanteras jenayah rasuah menerusi kempen Sinar Rasuah Busters.

“Rasuah hanya membawa kepada kesengsaraan dan kegembiraan sementara jadi jangan jadikan rasuah sebagai ‘mata pencarian’,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!