Ajal di tempat cuci kereta

Arwah ditemui mati di tempat basuh kereta tidak jauh dari kediamannya.
Arwah ditemui mati di tempat basuh kereta tidak jauh dari kediamannya.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang warga emas ditemui mati di tempat cuci kereta di Jalan TNB, pagi semalam.

Razali Senik, 69, yang menghidap kencing manis dan gout dipercayai keluar rumah sekitar jam 6.30 pagi untuk menemui pemandu kereta sewa bagi memesan ubat.

Anak Allahyarham, Zainal, 37, berkata, ayahnya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang ke lokasi kejadian.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian ketika dalam perjalanan ke tempat kerja setelah dihubungi seorang rakan.

"Selepas itu emak telefon memaklumkan kejadian, saya terus ke tempat dimaklumkan," katanya.

Zainal berkata, masalah gout yang dihadapi bapanya menyebabkan dia kerap ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

"Bulan lepas ayah ke klinik, sebaik pulang ayah ada maklumkan dia juga turut menghidap masalah jantung," katanya.

Katanya arwah bapanya tinggal bersama ibunya tidak jauh dari tempat kejadian, tetapi dia menjenguk keduanya setiap hari.

Artikel Berkaitan:

"Semalam kali terakhir saya jumpa ayah, arwah tidak tunjukkan perubahan," katanya.

Jenazah arwah yang merupakan bapa kepada 10 anak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bedal selapas solat asar.

Sementara itu,Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan mengesahkan sebagai mati mengejut.