Ketua jabatan klinikal penerima pertama vaksin di Hospital Serdang

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Individu yang dikatakan berpengaruh tersenarai dalam penerima pertama vaksin di Hospital Serdang adalah ketua jabatan klinikal.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis.

Menurutnya, penyenaraian ketua jabatan klinikal hospital berkenaan adalah untuk memberi dorongan kepada barisan hadapan kakitangan hospital untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

"Tidak ada potong 'queue' dan tiada kakitangan bukan perubatan termasuk pentadbiran disenaraikan," ciapnya menerusi laman mikro Twitter.

Sebuah portal dalam talian melaporkan hospital berkenaan merancang untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada pihak pengurusan yang tiada kontak secara terus dengan pesakit dan tiga pempengaruh dalam senarai penerima pertama pada Jumaat.

Ia sekali gus mengundang reaksi spontan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

"Tidak betul. Henti sebar berita tanpa nama," katanya.

Artikel Berkaitan: