Keluarga belum dapat tuntut jenazah Siti Masitah

Othman Nayan
Othman Nayan
A
A
A

KUANTAN - Ahli keluarga Siti Masitah Ibrahim belum dibenarkan menuntut jenazah anaknya yang mati dibunuh di Kampung Tanjung Medang Kemahang di Pekan, dekat sini untuk dikebumikan berikutan polis masih menunggu hasil keputusan makmal termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Mayat kanak-kanak yang berketurunan Melayu Champa itu memerlukan masa untuk pemeriksaan susulan pakar perubatan dan forensik termasuk mencari pelbagai bukti seterusnya melengkapkan siasatan polis bagi mengelakkan persoalan berbangkit apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah kelak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, bagi membantu proses pemadanan DNA, sampel darah ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, dan bapanya, Ibrahim Ali, 39, diambil di Hospital Pekan, semalam

"Kita perlu menunggu hasil keputusan makmal lain bagi membantu siasatan dan setakat ini ibu mangsa sudah mengecam mayat berdasarkan baju dipakainya tetapi kita memerlukan pengesahan secara konklusif .

"Tempoh ini dijangka mengambil masa selama dua minggu. Sampel diperlukan untuk dianalisis bagi pengesahan identiti secara konklusif dengan membandingkan DNA mangsa dengan ahli keluarganya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Siti Masitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Medang Hilir di Pekan dekat sini untuk ke kedai dengan menunggang basikal kira-kira jam 5 petang, 30 Januari lalu.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun itu ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 3km dari rumahnya dipercayai dibunuh.

Mayatnya ditemui kira-kira jam 4 petang semalam oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Solihah mengecam mayat ditemui itu ialah anaknya berdasarkan baju dipakai sama seperti ketika keluar dari rumah pada 30 Januari lalu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) semalam, terdapat tiga kecederaan di rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri dan belakang kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak dibunuh kejam, organ dalaman hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Bunuh budak: Seorang lelaki warga asing ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Masitah dibunuh kerana dendam

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pernah melutut, merayu agar suspek pulangkan Siti Masitah'

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Siti Masitah tak simpan dendam terhadap suspek

ARTIKEL BERKAITAN: Lambaian terakhir Siti Masitah