Lelaki lemas motosikal terbabas masuk tali air

Mangsa terjatuh ke dalam tali air di Parit Haji Tahir, Parit Buntar pada Isnin. Foto Ihsan Pembaca
Mangsa terjatuh ke dalam tali air di Parit Haji Tahir, Parit Buntar pada Isnin. Foto Ihsan Pembaca
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki maut akibat lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam tali air di Parit Haji Tahir, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohammad Irwan Syafiq Mazlan, 24, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang skuter jenis Yamaha Ego dalam perjalanan dari arah Kampung Parit Haji Tahir menghala ke Pekan Batu Lima, Simpang Lima, di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kenderaannya telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam tali air di sebelah kanan jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sewaktu Polis tiba di tempat kejadian, mayat mangsa telah dipindahkan oleh orang awam dan diletakkan di tepi jalan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk besah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: