X

Kindly register in order to view this article
!

3,922 vaksin Covid-19 untuk polis Kelantan

Shafien (empat dari kanan) menerima sumbangan 400 pelindung muka, 720 biji vitamin dan 100 botol cecair pembasmi kuman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kota Bharu pada Isnin.
A
A

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan akan menerima 3,922 dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech secara berperingkat bermula ketibaan pada Khamis ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,430 pegawai dan anggota beruniform jabatan berkenaan akan menjadi penerima vaksin fasa pertama.

“Pada Rabu ini, pasukan keselamatan dan pengiring akan ke Subang, Selangor mengambil vaksin dan membawa pulang dengan kawalan ketat hingga tiba di Kelantan pada Khamis.

“Dalam perjalanan vaksin akan dihantar ke Gua Musang, Kuala Krai, dan Pasir Mas seterusnya ke Kota Bharu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini pada Isnin.

Shafien ketika bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kota Bharu pada Isnin.
Shafien ketika bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kota Bharu pada Isnin.

Beliau sebelum itu menerima sumbangan 400 pelindung muka, 720 biji vitamin dan 100 botol cecair pembasmi kuman daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kelantan yang disampaikan oleh pengerusinya, Datuk Abd Aziz Nawi.

Shafien berkata, pemberian vaksin membabitkan 13 lokasi iaitu di seluruh 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Pemberian dos vaksin fasa pertama akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat penyelarasan dan pengasingan mereka yang berpenyakit asma atau alahan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan rakyat supaya kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa sehingga 4 Mac ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!