Gunung berapi aktif di Eropah meletus 4 kali

 Lava dilihat mengalir dari kawah tenggara akibat letusan itu.
Lava dilihat mengalir dari kawah tenggara akibat letusan itu.
A
A
A

GUNUNG Etna di Sicily, Itali meletus sekali lagi pada Ahad.

Ia merupakan kali keempat gunung itu meletus dalam tempoh hanya empat hari.

Gunung Etna merupakan gunung berapi aktif yang tertinggi di Eropah.

Institut Geofizik Dan Vulkanologi Nasional melaporkan, lava dilihat mengalir dari kawah tenggara akibat letusan itu.

Asap tebal dan serpihan juga menyelubungi kawasan itu.

Gunung Etna merupakan destinasi yang popular di Sicily, terutama dalam kalangan pendaki yang ingin menyaksikan aliran lava dengan warna oren menyala pada waktu malam.

Artikel Berkaitan: