Seorang ahli MKT UMNO positif Covid-19

Mesyuarat MKT UMNO bersidang di Janda Baik, Pahang pada Jumaat malam.
Mesyuarat MKT UMNO bersidang di Janda Baik, Pahang pada Jumaat malam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menghadiri mesyuarat parti itu di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) Janda Baik, Pahang pada Jumaat lalu dilaporkan positif pandemik Covid-19.

Menurut laporan Astro Awani pada Ahad, ahli MKT itu difahamkan ialah pemimpin kanan UMNO Bahagian di Selangor.

Ekoran keadaan itu beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang turut menghadiri Mesyuarat MKT UMNO berkenaan dikatakan segera melakukan ujian saringan.

Pegawai khas kepada seorang menteri Kabinet bergelar Datuk Seri berkata, bosnya segera membuat ujian saringan keesokan harinya selepas mendapat berita seorang ahli MKT positif Covid-19.

“Benar, Datuk Seri hadir pada mesyuarat itu. Esoknya terus beliau buat ujian calitan,” katanya.

Bagaimanapun, pegawai tersebut enggan mendedahkan identiti sebenar ahli MKT yang dikatakan positif Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Debaran UMNO kekal atau tolak PN

Antara pemimpin yang menghadiri mesyuarat MKT berkenaan ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Sinar Harian juga sedang berusaha mendapatkan pengesahan sama daripada Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.