X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Ibu lega pihak sekolah benarkan pelajar SPM tinggal di asrama

Arfah bersama salah seorang anaknya.
A
A

SEREMBAN - Belajar dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik Covid-19 sememangnya begitu mencabar buat pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Perkara itu diakui seorang ibu tunggal kepada lima cahaya mata berusia 15 hingga 19 tahun dari Kampung Serting Hilir, Jempol, Arfah Baharin, 47.

Katanya, anak keduanya iaitu Noor Irfa Ain Mokhtaruddin, 18, bakal menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir, Jempol kini tinggal di asrama sekolah itu sehingga peperiksaan selesai.

“Saya lega apabila pihak sekolah membenarkan pelajar SPM tinggal di asrama sekali gus memudahkan proses ulang kaji dan pembelajaran subjek SPM.

“Tambahan pula di asrama ada pelbagai kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan situasi semasa.

“Sekiranya dia berada di rumah, sesi pembelajaran agak mencabar kerana sebelum ini kami kekurangan telefon pintar untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Dia memberitahu, salah seorang anaknya turut menerima sumbangan tablet yang disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!