Azmin nafi dipecat dari PKR

Azmin Ali
Azmin Ali
A
A
A

SEPANG - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menafikan khabar angin kononnya beliau telah dipecat parti itu dan menganggapnya sebagai berita palsu.

“Banyak khabar angin sekarang ini yang disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kita jangan kita percaya dengan khabar-khabar angin terutamanya melalui teknologi baru seperti sosial media,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi terdahulu merasmikan perkhidmatan sewa khas untuk Haji dan Umrah, Amal oleh Malaysia Airlines di sini.

Tular di media sosial termasuk di Facebook dan Twitter sejak malam semalam yang mendakwa Mohamed Azmin telah dipecat daripada PKR. - Bernama

Artikel Berkaitan: