Kucing bunting mati diseksa, kaki dikerat

Kucing yang ditemui mati tanpa keempat-empat kaki di Taman Harmoni, Gombak pada Jumaat.
Kucing yang ditemui mati tanpa keempat-empat kaki di Taman Harmoni, Gombak pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis merujuk kes penemuan bangkai kucing bunting tanpa keempat-empat kaki dipercayai akibat didera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis juga sudah menerima laporan yang dibuat pemilik kucing berkenaan pada Jumaat berhubung kejadian itu.

"Kes ini dirujuk ke JPV. Semua kes melibatkan penganiayaan terhadap haiwan disiasat oleh jabatan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung kejadian itu apabila pemilik kucing berkenaan, Mur Salina Junaidi, 20, mendakwa haiwan peliharaannya yang diberi nama Cantik itu ditemui mati dalam kotak yang ditutup dengan kertas surat khabar.

Kotak berkenaan dijumpai berhampiran kereta milik bapa saudaranya di Taman Harmoni di sini.

Mur Salina berkata, kaki kucingnya itu mungkin dicabut dan dipatahkan oleh pelaku dan bukannya dikerat menggunakan peralatan tajam.

Susulan itu, Mur Salina membuat laporan di Balai Polis Gombak di sini.

Artikel Berkaitan: