X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Pas pastikan kebajikan keluarga Allayarham Adib terjaga

Khairil Nizam menyampaikan sumbangan kepada ayah Allahyarham Muhammad Adib di Kuala Kedah pada Jumaat.
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas berusaha untuk memberikan sumbangan sebagai penghargaan ke atas pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim ketika bertugas menjaga kesejahteraan masyarakat.

Ketuanya, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau akan berbincang bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkaitan sumbangan khas daripada kerajaan kepada keluarganya.

Menurutnya, adik kepada Allahyarham Muhammad Adib yang baru menamatkan pengajian juga akan dipastikan mendapat pekerjaan dalam kadar segera.

“Ini kerana, adiknya dapat membantu keluarga tanpa perlu berjauhan daripada mereka.

“Ini hanyalah bantuan kecil yang dapat kami hulurkan sebagai penghargaan ke atas jasa Allahyarham,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khairil turut memaklumkan, pertemuan tersebut berlaku setelah berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menyatakan cadangan dan gesaan Pemuda Pas terhadap kes Allahyarham Muhammad Adib.

Tambahnya, pemuda Pas bersetuju sepenuhnya agar keadilan ke atas kes tersebut diserahkan kepada mahkamah.

“Sebagai anak muda, kami kagum dengan Pak Kassim yang amat tenang dan tabah apabila berbicara mengenai proses keadilan buat arwah Muhammad Adib.

“Biarlah proses kehakiman berjalan mengikut nilai ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang) yang sebenar dan bebas daripada mana-mana bentuk campur tangan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!