X

Kindly register in order to view this article
!

Annuar perlu segera adakan mesyuarat khusus bersama ahli Parlimen

Annuar
A
A

SHAH ALAM - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa perlu segera mengadakan mesyuarat khusus bersama ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bagi meneliti dan menyelesaikan perkara berhubung cadangan penubuhan Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan (JaKoWIP).

Sembilan ahli Parlimen Wilayah Persekutuan menerusi satu kenyataan bersama pada Khamis berkata, Annuar perlu sedar bahawa warga Kuala Lumpur telah membuat pilihan yang sangat jelas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Oleh itu, Menteri Wilayah Persekutuan perlu menghormati mandat tersebut,” kata mereka.

Sembilan ahli Parlimen tersebut ialah Tan Kok Wai (Cheras), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Hannah Yeoh (Segambut), Teresa Kok (Seputeh), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), P Prabakaran (Batu), Lim Lip Eng (Kepong) dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Mereka menambah, terdapat beberapa perkara dasar yang tidak dapat diterima mengenai JaKoWIP termasuk isu terma rujukan, ahli dan aturan mesyuarat.

“Kami telah memohon perkara yang dibangkitkan ini dipinda dan satu pertemuan khusus di antara Menteri dan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diadakan segera.

“Malangnya, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan dalam surat bertarikh 24 Disember lalu hanya menyatakan bahawa syor-syor kami sedang diperhalusi dan tiada pertemuan khusus yang akan disegerakan seperti yang diminta,” jelasnya.

Disebabkan itu, mereka memaklumkan membuat keputusan untuk tidak hadir mesyuarat JaKoWIP yang akan diadakan pada Jumaat.

“Menteri Wilayah Persekutuan enggan mengadakan mesyuarat khusus untuk bertemu semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejak beliau dilantik pada Mac lalu.

“Perkara asas yang dibangkitkan dalam surat kami bertarikh 7 Disember lalu belum dijawab atau pindaan yang diminta belum dilakukan termasuk penyertaan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) sebagai ahli mesyuarat memandangkan mereka merupakan lantikan politik yang tiada mandat rakyat Kuala Lumpur,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!