X

Kindly register in order to view this article
!

Petugas JKM, warga emas, OKU terima vaksin fasa kedua

KPWKM pada Khamis memaklumkan petugas JKM, warga emas dan OKU akan terima vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Khamis memaklumkan bahawa petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), warga emas dan orang kurang upaya (OKU) akan menerima vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

KPWKM dalam kenyataan pada Khamis menjelaskan, golongan berkenaan bukan penerima vaksin fasa pertama seperti dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun pada Selasa lepas.

Menurut KPWKM, terdapat kesilapan fakta mengenai fasa pemberian suntikan vaksin melibatkan petugas JKM, warga emas dan OKU dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sebelum ini, Rina dilaporkan berkata, sebanyak 68,003 individu dalam kumpulan sasar KPWKM akan menerima suntikan vaksin fasa pertama program berkenaan.

Ia terdiri daripada 48,564 warga emas merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan penghuni institusi seliaan KPWKM serta 19,439 OKU berdaftar yang juga pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 68,003 dalam kumpulan sasar KPWKM terima suntikan vaksin fasa pertama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!