X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Tebing Sungai Kelantan runtuh

Keadaan tebing Sungai Kelantan di Bandar Pasir Mas yang runtuh awal pagi tadi menyebabkan beberapa rumah penduduk turut sama roboh.
A
A

PASIR MAS - [DIKEMASKINI] Sebanyak 15 keluarga yang tinggal di Kampung Pohon Chelagi diarah berpindah segera selepas tebing Sungai Kelantan runtuh.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk berhubung rekahan tanah pada jam 10.30 malam Selasa.

Menurutnya, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati laluan di kawasan berkenaan perlu ditutup kepada orang ramai

"Sejak semalam kita sudah berkampung di kawasan ini bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas untuk memantau kawasan ini," katanya.

Tambah Mohamad Roy, runtuhan tebing sungai itu berlaku antara jam 2.30 hingga 6.30 pagi Rabu.

"Polis bersama pasukan penyelamat yang lain sedang melakukan pemantauan pergerakan tanah di lokasi," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Darohaimi Ahmad, 46, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sejak beliau menetap di situ 21 tahun lalu.

Darohaimi berkata, kejadian itu disedari berlaku pada jam 5.30 pagi Rabu ketika dia sedang tidur bersama keluarga.

"Semasa sedang tidur, saya dikejutkan dengan bunyi gelinciran tanah yang kuat dan terus keluar dari rumah untuk melihat keadaan.

Bagaimanapun saya terkejut apabila mendapati berlaku runtuhan," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau kemudian meminta ahli keluarganya berkemas untuk berpindah ke rumah bapanya di Kampung Kubang Panjang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!