Pendaftaran dapatkan vaksin dibuka 1 Mac

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [KEMASKINI] Pendaftaran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 akan dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak lima kaedah pendaftaran telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Antara lima kaedah pendaftaran itu adalah melalui MySejahtera, laman sesawang dan telefon," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya pada Selasa.

Menurutnya, setiap vaksin yang diluluskan penggunaan adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan.