X

Kindly register in order to view this article
!

Kanak-kanak perempuan ditemui lemas dalam sungai

Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai akibat lemas dalam sungai di Kampung Pendek di sini lewat petang Isnin. -Foto ihsan bomba
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai lemas di sungai Kampung Pendek di sini pada Isnin.

Mangsa, Aina Maisarah Hashim,12, dijumpai oleh orang awam pada jam 7.25 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjung, Pegawai Bomba Kanan I Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 petang.

“Pasukan bomba terdiri sembilan anggota dan pegawai bergegas ke lokasi di Lorong Pengkalan Panchor-Kampung Pendek.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian mendapati seorang kanak-kanak perempuan lemas dan dijumpai oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang hadir di lokasi dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

“Berdasarkan siasatan awal kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan masih diteruskan,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!