11 kluster baharu dikesan hari ini

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 11 kluster baharu dikesan pada Ahad melibatkan sembilan kluster penularan di tempat kerja dan masing-masing satu kluster membabitkan penularan komuniti dan keagamaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster di tempat kerja membabitkan lima di Johor iaitu Kluster Jalan Istimewa Cemerlang, Kluster Batu 5, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Tebrau Khas dan Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai; tiga di Selangor iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Jalan Jelatek dan Kluster Jalan Sepuluh; serta satu di Kedah, Kluster Ria Jaya.

Sementara satu kluster komuniti ialah Kluster Patikang Ulu di Sabah dan kluster keagamaan melibatkan Kluster Jalan Badak di Perak.

Dr Noor Hisham berkata, pengesanan kluster baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster Coviud-19 di negara ini kini sebanyak 983 dengan 484 kluster aktif.

Selain itu, 10 lagi kluster diisytihar tamat hari ini melibatkan Kluster Tembok Gajah dan Kluster Firma di Johor; Kluster Tapak Bina Awan Puteh dan Kluster Tapak Bina Perkasa di Kuala Lumpur.

Kluster Tapak Bina Hartamas, Kluster Tapak Bina Perkasa dan Kluster Rantau Semarak di Selangor serta Kluster Rantau Lada (Pahang), Kluster Dialisis Putra (Putrajaya) dan Kluster Mengkuang (Terengganu), sekali gus menjadikan jumlah kluster tamat kini sebanyak 499, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: