Enam pemancing ditemukan selamat

No Image Caption
A
A
A

NIBONG TEBAL - Enam pemancing yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing dari Jeti Tanjung Berembang di sini, sejak pagi semalam ditemukan selamat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin dan hanyut ke tengah laut.

"Pasukan mencari dan menyelamat yang mula menggerakkan operasi sejak pagi tadi jumpa mereka di perairan kira-kira 20 batu nautika daripada Pulau Kendi pada jam 4.30 petang.

"Kesemua mereka dilaporkan selamat namun dalam keadaan keletihan selepas hampir 24 jam hanyut di tengah laut," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, buat masa ini, pasukan penyelamat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) sedang menunda bot mereka untuk dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung.

"Mereka dijangkakan tiba di Jeti LKIM Batu Maung kira-kira jam 10 malam ini," katanya.

Artikel Berkaitan: