Yadim beri kefahaman ajaran Islam sebenar kepada pengikut Ibu Yati

Tuan Kamarul Arief (kiri) memberi sumbangan barang keperluan asas dan wang tunai kepada Md Sharipin di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, Johor Bahru pada Jumaat.
Tuan Kamarul Arief (kiri) memberi sumbangan barang keperluan asas dan wang tunai kepada Md Sharipin di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, Johor Bahru pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan meningkatkan kefahaman ajaran Islam sebenar berpandukan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pengikut ajaran ‘Agama Melayu’ dibawakan Ibu Yati.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, usaha memberikan penerangan itu memerlukan kerjasama serta respons kedua-dua pihak bagi mencapai matlamatnya.

"Kita (Yadim) sentiasa dan sangat terbuka sebenarnya. Ia memerlukan maklum balas kedua-dua pihak, kena ada interaksi. Yadim memang akan melayan semua pihak yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung agama Islam yang sebenar.

"Dalam isu Ibu Yati, pihak berkuasa agama negeri Selangor sudah pun melakukan soal siasat untuk mengambil tindakan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita selepas Penyerahan Bantuan Ziarah Prihatin sempena Tahun Baharu Cina di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Ir Md Sharipin Shahlan.

Pada 29 Januari lalu, Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu dibawa oleh individu yang dikenali sebagai Ibu Yati.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terpengaruh ajaran Islam Melayu 'Ibu Yati'

JAIS siasat ajaran Islam Melayu: Zulkifli

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Tuan Kamarul Arief berkata, pihaknya akan menggerakkan Majlis Amal Islami iaitu satu entiti bawah Yadim yang memberi kefahaman dan melakukan pendekatan membantu pengikut wanita berkenaan.

Katanya, proses itu akan juga dilakukan menerusi Nadwah Islam Kekuatan Ummah (Nadiku 2021) yang kebetulan akan dilancarkan program pertamanya pada bulan depan dengan peruntukan RM30,000 untuk menyalurkan sumbangan barang keperluan.

"Nadiku 20212 akan terus berhubung terus dengan masyarakat, bukan sekadar menerusi syarahan. Cuma kita tengah cari pendekatan terbaik kerana dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyukarkan sedikit pergerakan," katanya.