JAIS siasat ajaran Islam Melayu: Zulkifli

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung ajaran Islam Melayu dibawa oleh individu yang dikenali sebagai ‘Ibu Yati’.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pihaknya menunggu maklum balas daripada JAIS bagi pertimbangan yang sewajarnya.
“Kes ini berlaku di Selangor. Jadi, kita tunggu maklum balas daripada JAIS selaku pihak berkuasa agama negeri.
“Saya amat yakin kredibiliti pihak JAIS dalam menguruskan isu ini. Kita menghormati bidang kuasa negeri dalam urusan agama,” katanya lapor Utusan Malaysia pada Sabtu.