Plus sertu bilik tukar lampin bayi

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Plus Malaysia Berhad (Plus) melahirkan rasa kesal dengan tindakan seorang wanita yang memandikan anjingnya di bilik menukar lampin bayi, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah (arah selatan), hari ini.

Menurut kenyataan Plus, berdasarkan video yang tular, wanita terbabit tidak menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang menyaksikan kejadian itu.

"Seluruh R&R di sepanjang lebuh raya adalah kawasan larangan haiwan peliharaan. Ini untuk memastikan kebersihan dan keselesaan pelanggan lebuh raya.

"Plus juga ingin memaklumkan bahawa sejurus kejadian tersebut, persekitaran bilik terbabit sudah disertu dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan pelanggan," katanya.

Menurutnya, papan tanda peringatan juga sudah diletakkan di semua R&R di lebuh raya untuk memaklumkan kepada pelanggan bahawa R&R adalah kawasan larangan binatang peliharaan.

"Plus memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan tersebut demi keselesaan pelanggan lain," katanya.

No Image Caption

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamak mandikan anjing di ruang tukar lampin R&R

Artikel Berkaitan: