X

Kindly register in order to view this article
!

Sewa kambing ceriakan mesyuarat secara maya

Perkhidmatan yang ditawarkan sejak hampir setahun lalu berjaya meraih RM280,000. - Foto: AFP
A
A

BLACKBURN - Siapa sangka perkhidmatan 'sewa kambing' untuk muncul dalam panggilan video atau mesyuarat secara maya di aplikasi Zoom boleh menjana pendapatan ketika musim lockdown.

Petani British, Dot McCarthy berkata, idea itu timbul secara tidak sengaja.

Dia kini menawarkan 'kemunculan' kambing yang diternak di Cronkshaw Fold Farm di Lancashire, barat laut England selama lima minit pada platform panggilan video dengan harga 5 pound (RM27).

Pelanggan juga boleh memilih tujuh kambing yang ditawarkan pada laman web ladang tersebut.

"Panggilan video bersama keluarga atau ketika bekerja tidak lagi membosankan. Anda boleh menempah kambing kami untuk menyertai panggilan video tersebut walaupun pada awalnya ia bermula dengan gurauan untuk 'prank'," ujar petani berusia 32 tahun itu.

Perkhidmatan yang ditawarkan sejak hampir setahun lalu berjaya meraih 50,000 pound (RM280,000).

"Ia sememangnya tidak masuk akal," katanya yang menjelaskan mereka menjalankan beberapa perniagaan seperti lawatan ke ladang dan yoga kambing sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!