‘Saya bukan Ebit Lew tapi akan lakukan yang terbaik'

Prabakaran (kanan) menunjukkan surat tawaran rumah PPR yang diterima Sarawanan (kiri) daripada DBKL. Foto FB P Prabakaran
Prabakaran (kanan) menunjukkan surat tawaran rumah PPR yang diterima Sarawanan (kiri) daripada DBKL. Foto FB P Prabakaran
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menegaskan walaupun beliau bukanlah Ebit Lew, namun akan tetap melakukan yang terbaik untuk komuniti dengan caranya tersendiri.

“Saya bukan Ebit Lew tapi saya akan lakukan yang terbaik untuk komuniti dengan cara saya sendiri,” demikian kenyataan dimuat naik di Facebook beliau pada Khamis.

Prabakaran ketika mengulas panjang berhubung kenyataan itu memaklumkan sebelum ini beliau ada menerima maklumat berhubung kisah empat beranak yang tidur di luar pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tidak mempunyai tempat tingal.

Katanya, ketua keluarga berkenaan yang dikenali sebagai Sarawanan bertemunya pada 12 Januari lalu untuk meminta pertolongan dan berkongsi nasib keluarganya.

Sarawanan, isteri dan dua anaknya sebelum ini terpaksa tidur di luar pejabat DBKL kerana tidak mempunyai tempat tingal. - Foto FB P Prabakaran
Sarawanan, isteri dan dua anaknya sebelum ini terpaksa tidur di luar pejabat DBKL kerana tidak mempunyai tempat tingal. - Foto FB P Prabakaran

“Sarawanan, isteri dan dua anaknya tidak mempunyai rumah untuk tinggal, mereka tidur di kaki lima pejabat DBKL itu selama beberapa hari.

“Selepas mendapat tahu nasib keluarga itu, saya dan pasukan membawa mereka ke pejabat DBKL untuk memohon pertolongan bagi mendapatkan rumah,” katanya.

Prabakaran berkata, sementara DBKL memproses permohonan tersebut, Sarawanan dan keluarganya menumpang sementara di rumah rakannya di Selayang.

Artikel Berkaitan:

“Pada Selasa lalu, dengan rahmat daripada Tuhan, mereka ditawarkan seunit Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Terima kasih kepada DBKL kerana mempertimbangkan nasib mereka. Kini mereka sudah mempunyai rumah untuk dihuni,” katanya.