4 ahli Geng Van Putih didakwa

Keempat-empat ahli Geng Van Putih ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan rompakan terhadap seorang warga asing ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
Keempat-empat ahli Geng Van Putih ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan rompakan terhadap seorang warga asing ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Empat ahli Geng Van Putih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dakwaan melakukan rompakan terhadap seorang lelaki warga asing, pada 18 Januari lalu.

Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh, Syeikh Muhammad Muaz Thamizudeen, 24, Mohd Azmi Othman, 32, Mohd Syahzilah Mohd Syukri Ong, 34 dan Che Ahmad Adilah Che Zakaria, 29, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan ke atas Shajib Hassan melibatkan wang tunai berjumlah RM1,450, sebuah telefon bimbit jenama Samsung dan pasport, dalam kejadian di tepi Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, jam 2.30 petang, pada 18 Januari lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob.

Mahkamah menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Selain itu, mahkamah membenarkan ikat jamin RM12,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, media ada melaporkan kelicikan Geng Van Putih yang aktif menyamun warga asing sejak November lalu berakhir apabila empat ahli kumpulan itu dicekup polis.

Artikel Berkaitan:

Geng ini menggunakan modus operandi menarik mangsa dan menyamunnya di dalam van, kemudian meninggalkan mangsa di tepi jalan di lokasi lain.