Makanan percuma untuk penghantar makanan

Megat D Shahriman menyampaikan pek makanan percuma kepada salah seorang penghantar makanan di Don's Food Corner di Plaza Damas, Kuala Lumpur pada Rabu.
Megat D Shahriman menyampaikan pek makanan percuma kepada salah seorang penghantar makanan di Don's Food Corner di Plaza Damas, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Don’s Food Corner mengambil inisiatif menyediakan pek makanan percuma kepada penghantar makanan yang sentiasa bekerja keras memenuhi permintaan pelanggan.

Pengarah Urusan Banjaran Sempurna Sdn Bhd, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, Don’s Food Cornerd di bawah syarikat Banjaran Sempurna Sdn Bhd memahami pekerjaan sebagai penghantar makanan amat mencabar kerana sentiasa mengejar masa di atas jalan raya.

Malah, katanya, penghantar makanan juga berdepan pelbagai risiko bagi memastikan pesanan pelanggan dihantar tepat pada masanya.

“Sehubungan itu, Don’s Food Corner tampil dengan inisiatif untuk memberi sumbangan makanan percuma kepada semua penghantar makanan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, sebanyak 250 pek makanan diserahkan kepada penghantar makanan di Don's Food Corner di Plaza Damas di sini.

Don’s Food Corner yang beroperasi secara konsep medan selera menyediakan masakan panas seperti mi claypot, pizza, pasta Itali dan murtabak Singapura menyumbangkan satu pek makanan kepada setiap penghantar makanan.

Sementara itu, Megat D Shahriman berkata, penghantar makanan kini menjadi cabang pekerjaan baharu yang bukan sahaja penting malah popular dalam kalangan individu kehilangan pekerjaan.

“Sedar atau tidak, penghantar makanan turut berdepan situasi sama iaitu berisiko dijangkiti Covid-19,” katanya.

Artikel Berkaitan: